Friday, February 18, 2011

Tiada nikmat keseronokan hubungan seks

SAYA ingin berkongsi satu masalah yang pernah diajukan oleh pasangan sudah lama berkahwin tapi tidak pernah mengecapi keseronokan hubungan seks. Agak malang dan sungguh kasihan kepada mana-mana pasangan yang berdepan masalah seperti itu.
Nasihat saya, pasangan terbabit serta yang menghadapi masalah serupa perlu membuka minda kerana hubungan seksual bukan untuk lelaki saja, sebaliknya wanita juga berhak menikmatinya.
Biasanya ketika wanita mengalami rangsangan seksual, tindak balas semula jadi yang berlaku ialah perjalanan darah yang banyak ke anggota kelaminnya.
Bibir besar, bibir kecil, klitoris dan bahagian antara dua bibir kecil yang dikenali sebagai ‘vestibule’ akan mengembang. Pepundi di bahagian vestibule juga mengembang dan menghasilkan cecair dikenali sebagai mukosa alat kelamin wanita.
Dalam keadaan terangsang dan bersedia, mudah untuk wanita itu merenggangkan alat sulit supaya penetrasi dilakukan dengan kemas dan selesa untuk kedua-dua pihak.
Cara bijak untuk mengelak perasaan tidak selesa kepada wanita ketika melakukan hubungan seksual penetratif ialah wanita itu sendiri menyalurkan alat sulit suami ke dalam alat kelaminnya.
Apabila keadaan selesa, mereka boleh melakukan pergerakan dan pasangan lelaki melakukan gerakan mengikut cita rasa mereka berdua.
Pasangan juga perlu banyakkan sentuhan dan belaian sebelum memulakan seks penetratif.
Sumber
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Site Info

Followers

Petua Seks Melayu Copyright © 2009 infinityskinsBlogger Template