Saturday, February 19, 2011

Perkara yang Makruh dan Haram dalam berjimak

Perkara yang Makruh dan Haram dalam berjimak

PERKARA MAKRUH BERJIMAK

1. Tidur tanpa membersihkan alat sulit.
2. Tidur tanpa wuduk.
3. Melihat alat sulit isteri.
4. Melakukan jimak tanpa bercumbuan.
5. Bercakap-cakap semasa jimak.
6. Tanpa pakaian seurat benang.



PERKARA HARAM BERJIMAK

1. Berjimak melalui dubur

Ia tidak dibenarkan dalam Islam. Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah s.a.w menjawab: "Itu halal." Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang itu. Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."

Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:



1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.

2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.

3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.

4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.

5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.

6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.

7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.

8. Wajah tidak berseri.

9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.

10. Menimbulkan kebencian.

2. Berjimak ketika isteri sedang dalam haid

-Larangan ini disebut sebagaimana Firman Allah SWT,

"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh itu hendaklah kamu menjauhi diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang haid itu, janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.

Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri." (Surah Al Baqarah:222).

Dari segi kedoktoran, wanita dalam haid dilarang berjimak kerana:

1. Wanita yang dalam haid mengalami kurang daya tahan penyakit, lalu kuman atau virus mudah masuk ke lubang faraj atau pangkal rahim.

2. Alat sulit wanita ketika haid mengecut dan ini akan menyakitkan dan berlaku pendarahan.

3. Ia menyebabkan gangguan saraf dan boleh mengakibatkan masalah datang haid secara tidak teratur.

4. Menganggu kenikmatan berjimak kerana bau haid yang busuk.
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Site Info

Followers

Petua Seks Melayu Copyright © 2009 infinityskinsBlogger Template