Friday, February 25, 2011

Rahsia Seks Lelaki

Rahsia Seks Lelaki

Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.
1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jima’
Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.
2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki
Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.
3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’
Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.
4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks
Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar menegnai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin 
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Site Info

Followers

Petua Seks Melayu Copyright © 2009 infinityskinsBlogger Template