Thursday, February 10, 2011

SIFAT SEKS WANITA MENGIKUT USIA

SIFAT SEKS WANITA MENGIKUT USIA

Hasrat seksual bagi kaum lelaki mungkin kekal menggebu walaupun usia
makin menginjak. Namun bagi kaum wanita, perkara yang berlaku adalah
sebaliknya.
Semakin meningkat umur, semakin kuranglah hasrat untuk hubungan seksual.
Itulah perbezaan naluri seks antara wanita dan lelaki. Menurut pakar
seksologi wanita mempunyai lima tahap seks dalam hidupnya. Setiap tahap
tersebut mempunyai dengan ghairah tersendiri. Secara umumnya ghairah
seks mula muncul ketika anak perempuan masuk usia baligh.
1. Awal 20-an
Ghairah wanita pada usia ini hanya pada mata. Pada tahap ini juga mereka
sedang mencari cari maksud tentang seks. Oleh itu mereka cukup berminat
untuk membaca perkara-perkara yang berkaitan dengan seks. Pada tahap
ini juga remaja perempuan juga suka sentuhan, perhatian, kasih sayang,
dan pemahaman.
2. Usia 25 – 30 tahun
Pada usia ini, wanita sudah memiliki keyakinan diri untuk bercinta dan
juga melakukan hubungan seksual. Tidak hairanlah pada waktu ini ramai
wanita yang merasakan ia waktu yang paling sesuai untuk mendirikan rumah
tangga. Mereka juga sudah berasa selesa dengan perubahan tubuh dan
memahami akan keperluan seksual. Tapi pada masa yang sama tak dinafikan
juga karier yang sedang dinikmati oleh kaum wanita menghalang hasrat
seksual yang sedang bergejolak. Ada yang menangguhkan hasrat untuk
mencari pasangan dan juga berkahwin kerana mengutamakan karier.
3. Usia 30-an
Ketika ini wanita lebih sensitive terhadap sentuhan. Mereka juga memang
mendambakan sentuhan daripada pasangan. Pada usia ini wanita yang telah
pun berkahwin akan merasai kebebasan seks dan mampu menikmatinya dengan
penuh perasaan. Kehamilan dan perubahan hormon juga mungkin menambah
ghairah seksual yang mereka rasai ketika ini. Aliran darah yang
meningkat ke arah pinggul membuatkan mereka mudah terangsang untuk
melakukan hubungan seks dengan pasangan.
4 Usia 40-an
Umumnya, ghairah seks mencapai puncaknya pada usia ini. Karier dan
keluarga yang telah stabil membuatkan wanita memiliki banyak waktu untuk
diri sendiri dan berusaha mempertahankan kehidupan seksnya dengan baik.
Ketika ini juga ramai kalangan wanita yang mencari-cari rawatan bagi
meningkat dan mempertahankan ghairah seksualnya supaya setanding dengan
pasangannya. Mungkin juga pada tahap ini hasrat seksual mereka sama
seperti di usia muda.
5. Usia 50-an
Ghairah seks mula menurun. Penghasilan estrogen yang berkurangan
menyebabkan hubungan seks tak begitu diinginkan ketika ini. Tapi perkara
ini tidak semestinya terjadi pada wanita di tahap usia ini. Bagi wanita
yang mempunyai rutin hubungan seks yang baik dan mesra ketika zaman
mudanya, usia mungkin bukan penghalang untuk mereka mengekalkan rutin
seks dengan pasangan sama seperti di masa mudanya.
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Site Info

Followers

Petua Seks Melayu Copyright © 2009 infinityskinsBlogger Template