Friday, March 4, 2011

Hukum Oral seks

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya apakah hukumnya seks mulut (yakni mencapai kepuasan seks melalui mulut) antara suami dan isteri? Harap ustaz dapat memberikan penjelasan....Sekian. Terima kasih.

Jawapan;

Menurut Syeikh Muhammad Bakar Ismail -salah seorang ulamak al-Azhar- dalam buku himpunan Fatwanya; "Perbuatan tersebut adalah keji dan kotor yang tidak akan diingini oleh tabiat yang baik/normal. Namun aku tidak menjumpai sepanjang pembacaanku ada ulamak yang memfatwakan ia adalah haram, malah aku menemui ada ulamak yang mengharuskannya -antaranya Imam al-Qurtubi-. Yang soheh ialah; hukum perbuatan tersebut adalah makruh kerana dibimbangi boleh mendatangkan mudarat dan bertentangan dengan tabiat manusiawi pada kebiasaannya" (Baina as-Sail Wa al-Faqih, halaman 281-282).

Pandangan beliau menyamai pandangan Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang juga menghukum perbuatan tersebut sebagai makruh. Beliau menjelaskan dalam fatwanya; "Tidak ada nas tertentu (yang mengharamkan perbuatan tersebut), cuma ia dipandang kotor oleh manusia. Jika ada seorang manusia beristimta' (yakni berseronok dengan isterinya) melalui jalan mulut, perlakuannya itu sememangnya tidak lurus, namun tidak boleh kita mengharamkannya (kerana tiada dalil yang mengharamkannya) terutama apabila isteri menyetujuinya dan turut memberi kenikmatan kepada isteri" (Fatwa beliau oleh dibaca dalam laman web Islamonline di alamat;(http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528622386)

Penyakit Kelamin

SEKS!
Satu perkataan tabu, janggal dan sukar dibincangkan kebanyakan rakyat negara ini. Namun, realitinya tetap sama. Kebanyakan anak muda di Malaysia kini mengambil jalan mudah ‘mencuba sebelum memahami’ sehinggakan begitu banyak kes anak luar nikah, pembuangan bayi mahupun ditangkap khalwat.
Bukan sahaja yang muda, yang sudah berusia juga ada ditangkap berkhalwat mahupun melanggan pelacur, pondan mahupun ‘spesies’ manusia songsang lain yang memberi perkhidmatan ‘istimewa’. Oleh itu, tidak begitu menghairankan penyakit sebaran hubungan seks (STD) terusa menular di kalangan penduduk negara ini.
STD
free image hostPenyakit yang disebarkan melalui hubungan seks (STD) melibatkan bermacam jenis kuman. Jangkitan bakteria (gonorea, siflis), fungus, virus (HIV, HPV, HBV, EBV, CMV, herpes), parasit (skabies) mahupun protozoa (Trichomoniasis).
Hakikatnya, kebanyakan kuman berkenaan lebih biasa ditemui di Barat dan dibawa masuk ke rantau ini melalui darah atau hubungan bebas dengan penduduk tempatan.
Hakikat bahawa kuman terbabit masih menular dan semakin banyak dalam komuniti masyarakat Timur menunjukkan gaya hidup bebas di Barat telah menapak di sini. HIV juga dikesan di negara Malaysia tidak lama selepas penemuannya di Eropah sekitar pertengahan 1980-an, mungkin menandakan tahap keterbukaan di Malaysia tidak begitu jauh bezanya dengan negara Barat.
Dalam konteks keterbukaan seksual, sudah tentu melibatkan hubungan seks bebas, ‘fikiran terbuka’ mahupun kerap bertukar pasangan. Amalan ‘one night stand’ di Barat sebenarnya telah lama diamalkan di Malaysia, cuma tidak begitu didedahkan dan kurang diketahui kebanyakan rakyat Malaysia.
Bergantung kepada peribadi individu dan ketebalan kepercayaan agama mereka serta faktor persekitaran, isu hubungan seks bebas mungkin sesuatu yang biasa dan dianggap remeh berbanding jenayah, isu ekonomi mahupun keselamatan negara.
Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa hampir setiap bentuk tingkah laku seksual kini dikesan membawa risiko STD. Di kalangan anak muda yang mencapai kemuncak hormon perkembangan seksual, aktiviti ‘ringan-ringan’ menjadi permulaan ke arah hubungan bebas, terutamanya tanpa pemantauan ibu bapa.
Virus Epstein-Barr (EBV) dan Cytomegalovirus (CMV) menjadi contoh virus terawal yang disebarkan dengan mudah melalui air liur. EBV menyebabkan penyakit Mononukleosis yang juga dikenali sebagai penyakit ciuman. Sentuhan antara kulit pula dengan mudah menyebarkan fungus (kulat), bakteria dan parasit, terutamanya di sekitar kemaluan.
Di peringkat hubungan seks, sudah pasti begitu banyak penyakit yang boleh dan dengan mudah disebarkan antara pasangan. Bagi anak muda, tindakan melulu tanpa berfikir panjang ini mungkin dihukum seumur hidup – mandul, kanser mahupun AIDS.
Balasan
Ramai yang mengaitkan kemunculan HIV/AIDS sebagai satu balasan terhadap mereka yang hidup secara rakus, semata-mata untuk keseronokan. Namun, selepas penemuan ubat yang dapat mengawal perkembangan virus HIV, dan terbaru vaksin yang dapat memberi sedikit perlindungan terhadap virus tersebut telah memberi peluang kedua kepada mereka yang ‘terkena’.
Walaupun belum ada vaksin yang berkesan sepenuhnya terhadap HIV mahupun rawatan yang dapat memulihkan semula dari jangkitannya, penemuan-penemuan baru memberi peluang mereka yang dijangkiti HIV menjalani hidup yang normal.
Selepas pandemik AIDS, satu lagi bentuk ‘balasan’ muncul di mana Virus Papilloma Manusia (HPV) yang telah lama wujud dibuktikan mampu menyebabkan kanser. Dr Harald zur Hausen dari Institut Penyelidikan Kanser Jerman di Heidelberg menerima Hadiah Nobel Fisiologi dan Perubatan 2008 atas penemuan kaitan kanser serviks (pangkal rahim) dan HPV.
Dari 130 jenis virus HPV, 12 jenis didapati meningkatkan risiko kanser serviks, kanser kedua tertinggi di negara ini. Bukan sahaja serviks, jenis virus HPV terbabit turut meningkatkan risiko kanser vulva, vagina dan anus (dubur) pada wanita serta kanser zakar dan anus bagi lelaki. HPV jenis ke-16 yang merupakan antara punca utama kanser didapati turut membawa risiko kanser oral, kepala dan leher. Kebanyakan daripada mereka yang dijangkiti juga tidak menyedarinya, terutamanya jika tidak menunjukkan sebarang gejala awal jangkitan.
Untuk itu, golongan wanita disarankan menjalani ujian pap smear secara berkala bagi mengesan sebarang perubahan dalam sistem peranakan, terutamanya kanser di peringkat awal. Terbaru, pengeluaran vaksin untuk HPV jenis ke-16 dan 18 mula mendapat perhatian. Dua jenis virus HPV ini dikatakan menjadi punca 70 peratus kanser serviks dan berisiko tinggi untuk kanser-kanser lain. Memandangkan kanser serviks kini menjadi antara kanser yang boleh dicegah, Kementerian Kesihatan Malaysia minggu ini mengumumkan penambahan vaksin HPV dalam program imunisasi untuk gadis remaja di Malaysia bermula 2010.
Kontroversi
Di awal kajian untuk mencegah dan merawat HIV/AIDS mula dijalankan, terdapat segolongan individu yang menentang kerana khuatir ‘bala’ yang diturunkan itu tidak lagi ditakuti dan ramai kembali mengamalkan gaya hidup terbuka dan bebas. Dengan kemunculan vaksin HPV, perkara sama kini berulang. Terdapat golongan yang menentang penggunaannya atas kebimbangan serupa, terutamanya bagi umat Islam yang khuatir semakin ramai remaja dan gadis terjebak dalam hidup seks bebas.
Dari segi kos rawatan, tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan vaksin HPV dijangka dapat menjimatkan kos rawatan kanser serviks yang dua kali ganda lebih tinggi dari keseluruhan kos program vaksin HPV. Selain itu, langkah mencegah sememangnya perlu menjadi pilihan dari merawat.
Walaupun vaksin ini diharapkan dapat mengurangkan sekitar 70 peratus kes kanser serviks, golongan wanita tetap digalakkan menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan sebarang masalah dari peringkat awal.
Dalam temuramah bersama Sir David Philip Lane, antara individu yang menemui Protein 53 (p53) yang menghalang pertumbuhan sel kanser di Petaling Jaya sebelum ini, beliau sendiri membangkitkan kebimbangan mengenai pemberian vaksin HPV.
“Saya memahami mengapa pemberian vaksin HPV membimbangkan sesetengah pihak di Malaysia.
“Bukan atas faktor keberkesanannya tetapi kesannya terhadap aktiviti seksual anak remaja. Saya sendiri mempunyai anak perempuan di peringkat usia ini,” katanya.
Walaupun di Barat lebih terbuka, beliau mengakui terpaksa menilai antara baik dan buruknya keperluan memberi vaksin HPV, terutamanya kepada golongan remaja dengan ‘kepala dipenuhi hormon’.
Sebenarnya, antara melakukan aktiviti seksual atau tidak terletak di tangan individu dan amat sukar untuk menghalang pilihan yang dibuat mereka. Apa yang perlu ditekankan adalah melindungi mereka dari sebarang musibah di kemudian hari, jika mereka tetap melakukan ‘kesilapan’ di peringkat awal hidup.
Seks menjadi cara utama virus HPV dan bermacam kuman lain merebak, terutamanya di kalangan golongan muda kini. Sama ada akibat pilihan peribadi, tekanan rakan sebaya, desakan pasangan, terlanjur atau tanpa kerelaan, perlindungan dari kanser serviks menjadi hak semua gadis dan wanita.
Semestinya isu seks bebas di kalangan remaja perlu ditangani dengan segera tetapi tidak bermakna perlindungan terhadap sebarang penyakit STD perlu diabaikan. STD bukan hanya sebagai bala dan hukuman sebaliknya menjadi pengajaran kepada mereka yang menghidapinya supaya mengubah gaya hidup mereka. Jika mereka yang ingin berubah ini dibiarkan tanpa perlindungan dan rawatan, maka sia-sialah sebarang keinsafan yang timbul.
Tambahan pula, aplikasi vaksin seperti HPV mahupun vaksin dan rawatan penyakit STD lain dapat melindungi mereka yang tidak berdosa. Mangsa rogol, isteri yang suaminya curang mahupun anak dalam kandungan ibu – bukankah mereka perlu dilindungi?
Secara peribadi, segala penentangan terhadap langkah pencegahan mahupun rawatan perlu dialihkan kepada usaha sesetengah pihak yang dilihat cuba melalikan (desensitize) masyarakat umum terhadap hubungan zina serta anak luar nikah atas dasar hak asasi dan kesamarataan hak individu melalui hiburan, fahaman songsang dan juga manipulasi undang-undang sivil ke atas hukum-hukum agama.
Tiada agama yang menghalalkan gaya hidup bebas atau songsang (gay, lesbian, pondan). Namun, dalam konteks berbilang bangsa, agama dan fahaman di negara ini, langkah pencegahan penyakit perlu ditekankan tanpa mengira latar belakang. Apa jua pilihan peribadi yang diambil, perlu dipastikan masa depan mereka tidak musnah, terutamanya golongan muda yang masih belajar membuat pilihan menggunakan akal dan bukannya mengikut kata hati.
Oleh Nurul Anuar Kari
ARKIB UTUSAN : 04/10/2009

Hukum Minum Susu Badan Isteri

Soalan
Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks? Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.
Jawapan
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.
Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.
Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.
Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.
Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.
Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.
Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.
Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.
Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.

Posisi Suami DiBelakang Isteri Haram?

Soalan
Hadis/kitab mengatakan persetubuhan melalui belakang (dubur) adalah HARAM. Bagaimana pula kalau dilakukan di belakang tetapi melalui faraj?

Jawapan
Islam melarang dan mengharamkan bagi suami yang menjimak isterinya melalui lubang duburnya. Bila terjadi isteri harus berusaha menolaknya sekalipun dia diancam oleh suami dengan berbagai seksaan. Kerana perbuatan yang demikian adalah perbuatan yang sangat terkutuk di sisi Allah. Orang yang berbuat demikian adalah orang yang buruk moralnya dan merendahkan darjat kemanusiaan. Termasuk golongan orang yang zalim serta bersifat seperti binatang. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Terkutuk, terlaknatlah siapa yang mendatangi isterinya dari lubang duburnya” (HR. Ibnu Adi, Abu Dawud dan Ahmad).
Mengenai cara berjimak terpulanglah kepada kita masing-masing untuk melakukannya asalkan perlu di jaga adab-adab berjimak seperti tidak melalui dubur serta menutup tubuh dengan selimut serta menjaga adab-adab yang lain agar hubungan suami isteri lebih harmoni. Melalui depan atau belakang tidak ada masalah bahkan dalam ayat Al Quran secara jelas menerangkan: “Isteri-isterimu adalah seperti kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana saja yang kamu kehendaki” (Surah Al Baqarah ayat 223).
Artikel dipetik daripada: http://www.darulnuman.com

Memasukkan Jari Ke Dubur

Soalan
Bolehkah si suami memasukkan jarinya ke lubang dubur isterinya semasa melakukan persetubuhan?
Jawapan
Dalam sebuah hadis yang dinukilkan oleh Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair menjelaskan Allah SWT melaknat suami yang mensetubuhi isteri masing-masing di duburnya tidak diqubulnya. Jika memasukkan alat kelamin dilaknat oleh Allah dan berdosa, maka memasukkan jari ke dalam dubur adalah sesuatu yang haram dan tidak wajar juga.
Tambahan pula dubur bukanlah kawasan istimta’ yang diharuskan oleh syarak kerana ia adalah kawasan tempat keluar najis. Islam mengutamakan kebersihan. Kerana itu dalam adab sopan melakukan persetubuhan tempat seperti ini hendaklah dijauhi, kerana ia boleh mendatangkan mudarat. Dalam kaedah fikah ada menjelaskan setiap kemudaratan itu hendaklah dihilangkan. Wallahu A’lam.

Suami Isteri Menonton Video Blue Untuk Belajar

Soalan
Assalamualaikum Ustaz.
Saya nak bertanya mengenai mengajak isteri menonton filem lucah untuk tujuan mempelajari tentang cara-cara melakukan seks. Ini kerana isteri saya tidak begitu pandai melakukan seks dan untuk merangsangkan nafsunya dulu sebelum melakukan hubungan kelamin. Apa pendapat ustaz?
Jawapan
Wa’alaikumussalam,
Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-
Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda :
Ertinya : “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”
Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.
Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.
Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.
Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-
إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين
Ertinya : “Apa seorang kamu ‘bersama’ isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)” ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 )
Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)
Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.
Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.
Nabi SAW bersabda :
لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها
Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )
Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.
sekian
ust zaharuddin
Artikel dipetik daripada: http://zaharuddin.net

Mengelakkan Persetubuhan Kerana Keletihan Bekerja

Soalan
Saya baru berumahtangga empat bulan. Saya seorang isteri yang bekerja. Haruskah saya melayani suami saya bila-bila sahaja dia perlukan senggama walaupun saya penat. Akan kecewakah dia jika saya selalu tidak mahu?
Saya rela dia bersatu bila saya tak kerja sahaja. Saya tidak mahu dia akan terasa kecewa atau bosan.
Jawapan
Seorang suami dikehendaki menanggung segala nafkah isteri dengan sempurna. Jika ia merasakan keperluan rumahtangganya masih belum cukup, ia boleh memberi kebenaran kepada isterinya berkerja dengan kerja-kerja yang sesuai dengan sifat fitrah semulajadi seorang wanita. Kerja itu pula tidak melibatkan percampuran bebas antara kaum lelaki dan perempuan dan dalam batas-batas menutup aurat.Memanglah seorang isteri akan mengalami kepenatan apabila berkerja disiang hari dan kepenatan ini kadang-kadang sudah cukup baginya untuk tidak dapat melayan kehendak suaminya.
Bagaimanapun seorang isterinya yang diajak oleh suaminya untuk melakukan persetubuhan tidak boleh menolak ajakan ini. Jika ia menolak bererti ia telah menderhaka kepada suaminya atau nusyuz kecuali jika ia sendiri uzur syar’i.. Berdasarkan hadis riwayat At-Tabrani isteri yang nusyuz tidak akan diterima solatnya oleh Allah SWT. Dalam hadis riwayat Abu Dawud pula menjelaskan isteri yang nusyuz akan dilaknat oleh para malaikat. Al-Imam Az-Zahabi menjelaskan sebuah hadis dalam kitabnya Al-Kabair apabila seorang suami mengajak isterinya supaya melakukan persetubuhan tetapi ia enggan berbuat demikian, ia akan dilaknat oleh malaikat sampai ke pagi.
Beliau juga mengemukakan sebuah hadis yang menjelaskan apabila seorang suami mengajak isterinya melakukan persetubuhan, hendaklah segera dipenuhi ajakan suaminya walaupun ia sedang memasak di dapur, malah jika suami mahukan isteri bersetubuh di atas belakang unta sekalipun isteri hendaklah taat. Jika tidak taat sudah pasti suami akan kecewa. Kekecewaan ini kadang-kadang membuatkan suami merasa tawar hati kepada isteri dan akhirnya mewujudkan hubungan yang renggang dalam keluarga.
Walau bagaimanapun ulama berpendapat adalah sesuatu kurang adab dan kurang wajar jika sesuatu persetubuah itu dilakukan dalam keadaan salah satu pasangan itu kepenatan berkerja dan lain-lain. Tunggulah sehingga kepenatan ini hilang dahulu.
Artikel dipetik daripada: http://www.darulnuman.com

Bagaimana Mengetahui Mani Wanita Telah Keluar?

Soalan
Tuan, saya ingin dapatkan kepastian tentang mani perempuan. Sepertimana yang diketahui, apabila keluar mani lelaki atau perempuan mereka wajib mandi hadas biarpun tanpa persetubuhan. Walau bagaimanapun sepanjang perhubungan saya suami isteri, kami belum dapat kenalpasti bagaimanakah rupa mani perempuan. Oleh itu sukar untuk ditentukan sama ada isteri saya wajib mandi atau tidak apabila ia telah mendapat kepuasan melalui istimta’ tanpa bersetubuh tetapi keadaannya umpama orang kepuasan setelah disetubuhi.
  1. Adakah mani perempuan sama seperti mani lelaki dan apakah tanda-tanda seseorang perempuan itu telah keluar mani?
  2. Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah kepuasan sek melalui hubungan istimta’ sahaja tanpa disetubuhi dan tiada tanda-tanda ia telah keluar mani?
Harap tuan dapat jelaskan dengan terperinci. Terima kasih.
Jawapan
Keluar mani dengan apa cara sekalipun sedikit atau banyak, warna biasa atau warna darah dalam keadaan jaga atau tidur, dengan syahwat atau tidak kecuali mani jimak yang keluar semula dari faraj wanita selepas mandi junub, ia tidak wajib mengulangi mandi lagi jika keluarnya tidak dengan syahwat. Mani ini dapat diketahui dengan memancut keluar atau dengan merasa lazat, atau berbau tepung ketika ia masih basah atau berbau putih telur ketika keringnya sekalipun keluarnya tiada memancut. Mani wanita sama juga, kadang-kadang tiada dapat diketahui melainkan dengan merasa lazat sahaja ketika keluarnya.
Imam Ahmad dan Nasa’i meriwayatkan: “Khaulah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh lelaki. Nabi menjawab: ‘Dia tidak wajib mandi sehinggi ia keluar mani seperti juga lelaki juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar mani ‘. “.
Oleh kerana biasanya keluar mani wanita sukar untuk dikesan, maka memadailah dengan merasakan lazat dan kenikmatan atau kepuasan itu membuktikan bahawa wanitanya telah keluar mani. Jika demikian maka perlulah ia mengerjakan mandi wajib.Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari was-was. Wallahu A’lam.
Artikel dipetik daripada: http://www.darulnuman.com

Masalah Zakar: Pengantin Baru Belum Kecap Nikmat


Saya berusia 23 tahun dan berkahwin beberapa bulan lalu. Saya susah klimaks walaupun pelbagai cara dilakukan. Kepala zakar saya juga ada kesan lebam dan berwarna kehitaman. Saya tidak tahu apa puncanya, kadangkala zakar saya sakit. Adakah ia menjejaskan hubungan seksual dan memberi kesan sampingan pada saya?
SUAMI RISAU
Rawang, Selangor
Perkara biasa untuk lelaki atau wanita yang mengalami rangsangan seksual ialah mencapai kemuncak rangsangan bergelar klimaks. Jika ini tidak berlaku, individu itu tidak selesa dan puas.
Jika selama ini dia mencapai klimaks setiap kali merangsang anggota kelamin, apabila gagal dia tertekan. Klimaks dan ejakulasi ialah dua fenomena apabila lelaki mencapai orgasma. Ada lelaki yang boleh mencapai klimaks tapi tiada ejakulasi. Fenomena ini dikenali sebagai klimaks kering.
Sebenarnya ejakulasi boleh dikawal dan lelaki itu boleh klimaks tapi tiada ejakulasi. Kaedah ini dikenali sebagai ‘coitus reservatus’ atau mengawal ejakulasi ketika bersetubuh sebagai kaedah merancang keluarga.
Ejakulasi kadangkala berlaku dengan air mani tidak keluar di depan, tapi di belakang, iaitu memasuki pundi kencing. Fenomena ini dikenali sebagai ejakulasi di belakang. Semua perkara ini jarang berlaku dan jika berlaku ia akibat masalah kesihatan tertentu seperti psikologikal, urat saraf seperti penyakit kencing manis yang menyebabkan kerosakan
urat saraf, sistem ejakulasi tergendala.
Jika anda boleh mencapai klimaks melalui onani, keadaan ini dikenali IMO atau Inhibited Male Orgasm. Ini kesan sampingan lelaki yang ketagih dengan onani.
Sumber Harian Metro

Video Seks Budak Sekolah Rendah


Rakaman video seks dua beradik yang dirakamkan dalam pelbagai sudut ini benar-benar mengejutkan kita semua. Video seks 2 beradik ini dikatakan dirakam melalui pelbagai sudut didalam bilik hotel atau motel yang mana berkemungkinan besar dirakam oleh pihak ketiga. Bagaimana penyebaran video seks 2 beradik ini boleh tersebar mungkin semuanya sudah tahu iaitu melalui telefon bimbit!
Cukup sedih perasaan ibu bapa pelajar ini jika mereka tahu dan melihat sendiri video seks yang dilakonkan atau dirakamkan oleh anak-anak mereka. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Adakah perlakuan songsang ini merupakan satu perkara normal hinggakan pelajar sekolah rendah pun boleh melakukannya.
Berita myMetro Gempar aksi panas 2 beradik
BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.
Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.
Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.
Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.
“Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.
“Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini,” katanya, semalam.
Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.
“Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.
“Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa,” katanya.
Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi ‘wabak’ yang sukar dikawal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Site Info

Followers

Petua Seks Melayu Copyright © 2009 infinityskinsBlogger Template