Tuesday, February 15, 2011

Posisi Seks Isteri Hamil


Mengikut pandangan pakar perbidanan dan sakit puan, secara umumnya tidak ada masalah untuk anda melakukan hubungan seks dengan isteri ketika beliau mengandung.

Malah hubungan seks ketika mengandung mempunyai kesan berlainan daripada biasa. Ini kerana ketika mengandung, vagina mempunyai lebih lubrikasi dan cairan. Disebabkan lebih banyak pengaliran darah ke bahagian pelvis dan vagina, orgasme yang dialami isteri saudara akan menjadi lebih hebat.
Bagaimanapun, akan timbul kebimbangan mengenai hubungan seks ketika mengandung yang dikatakan membahayakan kandungan. Perubahan hormon dalam badan isteri anda akan membawa kepada perasaan loya dan letih. Ini mungkin menyebabkan beliau tidak ada keinginan melakukan hubungan seks.
Seseorang wanita juga akan merasa tertekan apabila berlaku perubahan dari segi bentuk badan yang makin membesar. Ini akan menimbulkan rasa tidak selesa dan segan untuk melakukan hubungan seks.
Bagi lelaki pula, ramai menganggap keadaan tubuh wanita semasa mengandung lebih menarik dan mengghairahkan. J
Apa yang penting, anda perlu berkomunikasi dengan isteri dan berbincang dengannya. Jika beliau tidak begitu selesa, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual.
Ini termasuk sentuhan fizikal, urutan, cumbuan, pelukan, ciuman dan mutual masturbasi. Paling penting, keputusan perlu dibuat bersama dan dipersetujui kedua-dua pihak.
Jika hubungan fizikal tidak menjadi masalah bagi pasangan anda, saudara perlu mengubah posisi hubungan seks terutama sekali apabila abdomen isteri anda menjadi semakin besar.
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Site Info

Followers

Petua Seks Melayu Copyright © 2009 infinityskinsBlogger Template