Saturday, April 9, 2011

Sakit Ketika Melakukan Seks

Sakit Bila Mengadakan Persetubuhan
Bila Mengadakan Persetubuhan

Pasangan-pasangan yang mengadakan hubungan jenis atau koitus tidak akan terasa sakit. Jika si isteri merasa sakit, kemungkinan dia menghidapi "dyspareunia". Ini adalah istilah perubatan bagi penyakit ketika koitus. Sebab utama berlakunya "dyspareunia" ialah kekurangan kegiatan atau teknik ransangan dari suami.

Ini terjadi disebabkan si suami terburu-buru untuk memasukkan zakarnya ke dalam faraj. Si isteri tidak memperolehi ransangan nafsu seks yang secukupnya. Oleh itu faraj isteri tidak cukup lembat untuk ditembusi. Atau faraj belum bersedia untuk menerima kemasukan zakar yang telah menegak. Faraj tidak bersedia akan terasa sakit bila ditembusi zakar.

"Vaginismus" merupakan satu sebab utama mengapa koitus menjadi sakit. Kesakitan ini akan mengakibatkan terjadinya kekejangan otot-otot panggul. Ini menyebabkan koitus menjadi lebih sukar dan kadang-kadang tidak dapat dilakukan langsung. "Vanginismus" sukar dirawat. Ini melibatkan "psycotherapy" dan perkembangan daya semangat wanita serta nasihat kepada suami isteri bagaimana hendak mengadakan hubungan seks atau bersetubuh. Lain-lain sebab kesakitan ketika mengadakan koitus ialah jangkitan faraj seperti "endometriosis" dan pengenduran rahim yang terlalu terik.

Adakah Pasangan-pasangan Akan Berasa Letih Selepas Mengadakan Koitus?

Tidak semua pasangan akan mengalami keletihan. Ramai pasangan yang berasa kuat, segar dan seronok selepas mengadakan persetubuhan (koitus). Jika mereka melakukan koitus sepanjang malam, sudah tentu mereka akan keletihan. Bagi mereka yang menghidapi sakit jantung, adalah dinasihatkan supaya tenang di dalam kenikmatan ransangan. Bagi pasangan yang sihat, hubungan seks tidak akan meletihkan.

Mengapa Terdapat Gadis Mengalami Kehamilan Walaupun Tidak Melakukan Koitus (Persetubuhan)?

Bagi proses kehamilan, teluar (ovum) mesti bercantum dengan benih-benih (spermatozoon). Ada sesetengah gadis-gadis yang tidak bernasib baik. Bila mereka bercumbuan dengan pasangan mereka, mereka mendapati air mani lelaki terlekat di luar faraj. Ini boleh mengakibatkan kehamilan walaupun tidak melakukan persetubuhan. Ini salah satu risiko dari cumbuan yang tidak terbatas. Oleh itu elakkan diri dari melakukanya!
Share This
Subscribe Here

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Site Info

Followers

Petua Seks Melayu Copyright © 2009 infinityskinsBlogger Template